TAJUK : MIMPI KITA BERSAMA
“Aduh mana pulak aku letak nota-nota
DeComm ni??” keluh Irman sendirian. Petang nanti dia ada ujian subjek Design
Communication yang mana dia sangat lemah dan Irman sangat memerlukan nota-nota
tersebut untuk membantu dia mengulang kaji semula apa yang telah dipelajari
selama ini. Sedang tangannya menyelongkar segenap isi rak buku itu dia
terpandang sebuah kotak. Kotak itu merupakan kotak hadiah yang sedikit sebanyak
menyimpan memori lamanya. Kotak tersebut sudah berhabuk. Memori yang ingin dia
lupakan namun tetap tersimpan di penjuru hatinya. Memori yang akan mengundang
rasa sedih dalam hatinya. Memori yang sentiasa akan mengingatkan alam
persekolahannya. Silap hari bulan dia akan menangis terkenang setiap
detik yang terakam dalam saat-saat tersebut. Sangat indah dan sedih rasanya.
Irham masih ingat
setiap patah perkataan yang terukir dalam surat-surat tersebut. Perkataan yang
menggambarkan perasaan gembiranya ketika bersama insan yang diharap akan
menjadi peneman hidup ketika senang dan susah sehingga saat mengembuskan nafas
terakhit. Namun impian itu tidak kesampaian. Satu kejadian yang tidak disangka
telah berlaku. Kejadian yang mengubah perwatakan dirinya dari menjadi seorang
Irham yang ceria dan sentiasa bersemangat tinggi kepada Irham yang serius dan
tegas. Dia menjadi orang yang tidak suka akan perkara-perkara lucu atau lawak
yang dulu memberikan keseronokan namun kini baginya benda-benda sebegitu tidak
bermanfaat langsung.
Irham membelek
surat-surat yang ada ditangannya itu. Fikirannya menerawang kembali ke saat
lepas dimana dia pada waktu itu sedang menuntut di sebuah kolej persediaan di
Kota Bharu, Kelantan. Irham yang berasal dari Utara Semenanjung iaitu Kedah itu
tidak pernah tinggal di asrama kerana dia hanyalah pelajar sekolah harian
biasa. Namun itu tidak menjadi masalah baginya kerana sifatnya yang mudah mesra
dengan semua orang menjadikan dia seorang yang agak dikenali di kolejnya.
Suatu hari, ada
seorang pelajar baru yang masuk ke kolejnya. Menurut cerita temannya, budak
perempuan itu datang dari “International School”, iaitu bermaksud gadis
tersebut muda setahun daripada Irham walaupun mereka menuntut di tahun yang
sama. Tahun satu semester dua. Dia masih belum berpeluang untuk berkenalan
dengan budak perempuan itu, namun khabar angin yang didengarinya daripada
rakan, budak itu sombong orangnya. Itu yang menjadikan Irham lebih berminat dan
tidak sabar untuk mengenali budak perempuan ini. ‘Hah, inilah peluang untuk aku
menunjukkan siapa “abang
long” kat kolej’, tekad hati
kecilnya.
Oleh itu, dalam masa
seminggu itu, dia mula memerhatikan setiap pergerakan dan aktiviti yang dibuat
oleh budak perempuan tersebut. Dalam masa itulah, Irham mengetahui nama sebenar
budak itu. Selama ini dia hanya memanggil budak perempuan itu sebagai budak
kecik memandangkan semua orang di kolej itu lebih selesa memanggil dia Abang
Long. Ini mungkin kerana sikap kepimpinan yang jelas terpancar dan terserlah
dalam setiap perlakuannya.
“Aliya, jomlah kita duduk di
meja hujung sana. Boleh jauh sikit daripada orang lain. Ada aircond kat situ
la. Sejuk sikit, barulah dapat belajar dengan betul-betul. Dahlah waktu petang
camni memang malas sikit nak mengulang kaji. Hehehe, sorry Aliya banyak pulak
saya cakap, non stop. Mesti awak menyampahkan? tanya Erma. Erma itulah
satu-satunya pelajar sering dilihat bersama Aliya. Ramai rakan-rakan sekelas
mereka yang kurang senang dengan sikap Aliya yang hanya menjawab sepatah
apabila ditanya. Mungkin sebab itu mereka susah untuk berkawan dengannya. Hanya
Erma yang sudi melayan Aliya.
Irham yang melihat
sasarannya berada di depan mata mula merancang bagaimana caranya dia hendak
bertegur sapa dengan budak kecik ni. Dia telah membazirkan waktunya selama
seminggu mengintip si Aliya ini, jadi dia kena mengambil langkah seterusnya
dengan berkenalan dengan minah sombong ni. Itulah misinya. Bertegur sapa dan
mungkin kalau rezeki berpihak kepadanya, dia akan menjadi kawan kepada budak
perempuan. Ini kerana baginya dia tidak suka rakan-rakan sesama batch itu tidak
rapat antara satu sama lain. Justeru, bagi membolehkan rakan-rakan yang lain
lebih selesa berkawan dengan si Aliya ini, dia yang harus mengambil langkah
pertama dengan membuktikan kepada kawan-kawannya yang lain bahawa budak ini
sebenarnya boleh diajak berkawan kalau kena dengan gaya dan tempatnya.
‘Bismillah’, bisik
hati. Langkah kaki diatur kemas ke arah meja yang diduduki oleh Aliya dan Erma.
Nasibnya baik kerana Erma itu merupakan sahabat satu sekolahnya. Kerjanya
menjadi lebih senang.
“Hai Erm, aku nak
duduk kat meja sini boleh tak?” tegur Irham. “Kau tengah study subjek apa tu?”
“Oh hai Ir, duduklah.
Macamlah kau tak biasa pulak dengan aku. Ni hah, aku tengah study subjek
environmental. Aku belajar subjek ni sebab ada si Aliya ni. Dia terror tau
subjek ni. Ni yang aku mintak tolong dia. Eh, lupa pulak nak kenalkan kau kat
dia. Ni Aliya, classmate aku, baru je masuk sini awal sem haritu. Dia baru
balik dari Dubai, buat IB jugak kat sana. So, bila dia balik Malaysia terus dia
sambung je study dia kat sini. Eh panjang pulak aku cerita pasal dia. Sorry
Aliya,” kata Erma sambil tersengih memandang muka kawannya disebelah. Aliya
hanya tersenyum.
“Hai Aliya, nice to
meet you,” kata Irham. “Sorryla dia dah ambil part you nak introduce yourself.
Dia ni memang banyak cakap, bila dah bercakap tu susah nak berhenti pulak.
Mesti you penatkan nak kena dengar dia membebel setiap hari?” Tanya Irham. Dia
cuba bersikap mesra dengan Aliya, namun Aliya hanya tersenyum. Tidak memberi
apa-apa respon kepada pertanyaannya tadi. Melihatkan respon Aliya, Irham hanya
membiarkan saja. ‘Mungkin dia masih segan,’ Irham berkata dalam hati.
Perjumpaan mereka pada petang itu berakhir begitu sahaja. Selepas dia selesai
melakukan kerja rumahnya, terus dia meminta diri. Aliya hanya mengangguk
menghantar pemergianya.
***
Satu hari, ketika di
pusat membeli-belah KB Mall, Irham terserempak Aliya bersama keluargannya.
Perjumpaan yang sekejap itu membolehkan Irham mengenali diri Aliya dengan lebih
rapat dan mengetahui serba sedikit mengenai keluarganya. Sejak daripada
perjumpaan yang tidak diduga itu, hubungan Irham dan Aliya menjadi semakin
rapat. Di kolej, mereka sering kali dapat dilihat bersama-sama terutamanya di
perpustakaan. Aliya dan Irham adalah merupakan antara pelajar harapan kolej
yang diharap mampu mendapatkan perfect
score untuk peperiksaan IB
nanti. Sekarang mereka di akhir semester 3 dan peperiksaan akhir semester juga
hampir tiba tidak lama lagi. Peperiksaan inilah yang akan menentukan tahap
prestasi semua pelajar sama ada mereka sudah bersedia untuk menghadapi
peperiksaan untuk program Diploma International Baccalaureate ini ataupun
tidak. Ini kerana program IB ini memang diakui antara program pre-universiti
yang paling sukar di dunia.
Namun sesuatu yang
tidak diduga telah terjadi. Seminggu sebelum peperiksaan akhir semester 3
bermula, kesihatan Aliya telah terjejas. Pada mulanya dia hanya mengalami demam
selesema yang biasa. Tetapi keadaan Aliya makin bertambah teruk kerana dia
dijangkiti demam panas pula selepas itu. Akibatnya, Aliya tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran dan terpaksa ponteng kelas.
Dia juga tidak dapat membuat ulang kaji dengan jaya kerana asyik berasa pening
dan letih. Tiba minggu peperiksaan, Aliya semakin pulih tetapi kadang-kadang
sakit kepala itu datang juga menyerang. Irham sangat risaukan keadaan Aliya
itu. Dia menasihati Aliya supaya meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk
menangguh waktu peperiksaan namun Aliya tetap berkeras ingin menduduki peperiksaan
bersama dengan rakan-rakannnya yang lain. Setelah peperiksaan tamat, maka semua
pelajar pun dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing untuk memulakan cuti
akhir semester.
Sebelum Irham kembali
ke rumahnya di Kedah, dia telah meminta Aliya untuk berjumpa sekejap dengannya.
Dikirimnya sepucuk surat buat Aliya. Kata-kata yang diucapkan oleh Irham dalam
surat tersebut merupakan kata-kata semangat kerana Irham tidak mahu Aliya
terlalu memikirkan tentang peperiksaan yang dilaluinya serta bimbang tentang
keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan pada bulan Desember nanti. Irham
berjanji dengan Aliya bahawa ketika cuti nanti dia akan berkongsi dengannya
tentang apa yang dipelajari. Mungkin dengan cara mereka bertukar-tukar nota dapat
membantu mereka belajar dengan lebih baik tentang sesuatu subjek itu.
***
Keputusan semester
telah diumumkan. Irham mendapat keputusan yang baik, seperti yang telah
dijangka. Irham sangat gembira, namun dia terfikir juga tentang Aliya. Tetapi
sejak cuti bermula, Irham tidak mendengar sebarang khabar daripada Aliya. Surat
yang dihantar oleh Irham kepada Aliya juga tidak dibalas. Erma juga tidak
mengetahui apa-apa apabila ditanya. Akhirnya, Irham mampu menunggu dan terus
menunggu sehingga cuti berakhir.
Setelah musim cuti
berakhir, semangat Irham untuk terus berjaya semakin membuak-buak. Tambahan
pula inilah masa yang sangat penting baginya. Semester 4 adalah semester
terakhir dan pada akhir semester inilah dia akan menghadapi ujian yang paling
besar dalam hidupnya. Ujian yang bakal menentukan sama ada dia layak atau tidak
untuk menyambung pengajian di peringat ijazah di luar negara. Nasib dan
rezekinya ditentukan pada usahanya selama ini.
Permulaan semester 4
Irham sangat sibuk dengan segala kelas tambahan dan sesi ulangkaji bersama
kumpulan belajar yang telah ditentukan oleh para guru. Justeru, Irham tidak
dapat meluangkan masanya dengan Aliya. Aliya juga dilihat sibuk dengan
urusannya. Tetapi dia tetap berusaha untuk bertegur sapa dan mengulang kaji
pelajaran bersama. Namun, sejak belakangan ini Irham jarang sekali terserempak
dengan Aliya sama ada di blok akademik atau di perpustakaan tempat di mana
mereka selalu mengulang kaji. Aliya seolah-olah hilang terus. Kata Erma, Aliya
sakit dan dia tidak dapat hadir ke kelas. Walaupun telah mendapatkan rawatan di
hospital, tetapi keadaan kesihatan Aliya hanya baik buat seketika. Keadaan itu
membuatkan Irham semakin risau. Peperiksaan IB semakin hampir dan dia
mengharapkan Aliya akan sihat serta dapat belajar dengan baik.
Irham teringat akan
perbulannya dengan Aliya ketika mereka sama-sama menyertai acara sukan tahunan
yang diadakan oleh kolej mereka. Ketika sedang menunggu keputusan acara
diumumkan, Aliya dan Irham duduk berbual-bual. Mereka berbincang tentang topik
pelajaran dan juga cita-cita masing-masing. Aliya berharap dia akan berjaya
untuk peperiksaan IB ini dan dapat menyambung pengajian dalam bidang perubatan
di Ireland nanti. Manakala Irham pula ingin menyambung pengajiannya di
University of Leeds di United Kingdom dalam bidang kejuruteraan kimia. Mereka
berjanji untuk terus sama-sama berusaha bagi memastikan cita-cita mereka
tercapai dan berjaya membanggakan kedua ibu bapa mereka. Namun dengan situasi
yang dihadapi oleh Aliya kini, Irham merasa sangat susah hati kerana dia tidak
dapat membantu Aliya sepenuhnya.
Kini, masa yang
ditunggu telah tiba. Irham telah mempersiapkan dirinya dan dia yakin akan
dapat membuat yang terbaik bagi peperiksaan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang lain. Dia juga sering memberikan kata motivasi kepada
rakan-rakannya agar mereka sentiasa yakin dan percaya kepada keupayaan diri
masing-masing serta percaya kepada rezeki tuhan. Irham juga sentiasa
mengharapkan yang terbaik untuk Aliya. Walaupun akhir-akhir ini, Irham jarang
berkesempatan untuk berborak dengan Aliya.
Setelah tamat
pengajian mereka di kolej, maka cuti pun bermula. Irham ingin mengatakan sesuatu
kepada Aliya sebelum mereka berpisah. Tetapi kelibat Aliya langsung tidak
kelihatan pada hari terakhir persekolahan. Irham hampa kerana Aliya pergi tanpa
memberitahu apa-apa kepadanya Sebulan Irham berada dalam keadaan berdebar-debar
menunggu keputusan peperiksaannya. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba
jua. Irham berjaya dengan jayanya. Dia juga dinobatkan sebagai pelajar terbaik
kolejnya. Irham cuba merisik khabar mengenai Aliya namun Erma kawan baik Aliya
juga tidak mendengar sebarang khabar daripadanya.
Sehinggalah Irham
mendapat khabar daripada kawannya bahawa sesuatu telah berlaku kepada Aliya.
Aliya sedang sakit tenat dan sekarang dia berada di hospital. Aliya telah
disyaki menghidapi kanser otak dan jangka hayatnya hanya tinggal sebulan lagi.
Irham yang mendengarkan khabar itu berasa amat terkejut. Terus dia berkejar ke
hospital untuk berjumpa dengan Aliya. Irham banyak menghabiskan masanya
menemani Aliya di hospital. Irham ingin membuat Aliya gembira di saat-saat
akhirnya. Walaupun sedih dengan penyakit yang dideritai oleh Aliya, namun Irham
redha kerana dia tahu Aliya seorang yang kuat dan dia yakin setiap ujian ada
hikmatnya.
Suatu hari, hati Irham
berasa berat. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang. Irham teringat akan
Aliya. Terus dia menelefon ibunya Aliya, Puan Aishah. Namun telefonnya tidak
aktif. Irham semakin tidak keruan sehinggalah dia menerima panggilan telefon
daripada Erma yang mengkhabarkan bahawa Aliya sudah tiada. Erma hanya mampu
menangis sambil memberitahu perkara itu kepada Irham. Irham pula terkedu dan
tidak mampu berkata apa-apa. Dunianya dirasakan gelap dan kosong. Baginya hidup
ini sudah tidak bermakna lagi. Air mata pun tidak dapat keluar walaupun dia
begitu sedih. Baginya, inilah saat paling sedih dalam kehidupannya selepas dia
kehilangan atuk sebelum ini.
***
Irham hanya tersedar
daripada lamunannya apabila terasa ada titisan hangat mengenai tangannya.
Rupanya dia telah jauh mengelamun. Mengelamun memikirkan tentang masa silam
yang sangat memberi kesan dalam kehidupannya. Akhirnya setelah menenangkan
diri, Irham bangkit untuk kembali meneruskan rutin hariannya sebagai seorang
pelajar. Tanggungjawabnya harus dilaksanakan dengan baik. Dia sudah berjanji
dengan Aliya untuk terus berusaha bagi memastikan cita-cita yang ditanam sejak
kecil telah tercapai. Irham berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia akan
menjadi pelajar dan anak yang bertangungjawab dan akhirnya menjadi insan yang
berjaya dewasa kelak