FESTIVAL INDIA 2016 PUPUK PERPADUAN
MAHASISWA UUM
SINTOK
: Festival India 2016 yang berlangsung pada 25 Mac di Dewan Besar Bukit Kachi
berhasrat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa UUM.
Objektif utama program
anjuran Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan SME
Bank UUM adalah untuk memaparkan budaya kaum India kepada pelajar-pelajar UUM
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Program dwitahunan ini
akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UUM, Prof. Madya Dr. Abdul Malek
bin Haji Abdul Karim dan Pengetua Dewan Penginapan Pelajar SME Bank, En. Zahril
Anwar bin Malek Abdul Hamid.
Antara aktiviti yang
dirancang sepanjang majlis tersebut adalah seperti persembahan tarian pelajar
UUM dari dewan penginapan yang lain, nyanyian, cabutan bertuah, persembahan
muzik tradisional dan pertunjukkan slide “flashmob”.
Acara kemuncak program
festival India ialah penyampaian cenderahati penghargaan kepada pemandu-pemandu
bas UUM.
“Pemandu bas UUM diberi
penghargaan khas pada malam tersebut sebagai tanda menghargai jasa dan
perkhidmatan mereka yang terbaik di UUM,” ujar
Pengarah Projek Festival India 2016, Khishaan Rao Rajah.
Menurut Khishaan,
penganjuran program sebegini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan
pelajar tentang pentingnya semangat perpaduan dan saling memahami bagi mencapai
keharmonian ketika menjalani kehidupan di alam universiti.
“Program ini juga merupakan
satu wadah bagi pelajar mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” tambah
beliau.
Penganjuran program berbentuk
festival ini dijangka dapat memberi hiburan dan dalam masa yang sama dapat memupuk
semangat setia kawan, kata beliau lagi.
Festival India 2016 ini
akan berterusan menjadi pemangkin bagi acara-acara seterusnya yang berpaksikan hiburan
informasi dan juga platform bagi mahasiswa untuk lebih mengenali tentang budaya
kaum lain di UUM.
Seni kolam menyerikan festival
India
No comments:
Post a Comment