PEMERENGGANAN
PENGENALAN :
Pekerja asing didefinisikan sebagai tenaga kerja dari luar negara atau dikenali juga sebagai buruh asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Kebiasaannya pekerja asing datang ke negara ini adalah untuk memenuhi ruang pekerjaan yang tidak diisi oleh rakyat tempatan. Antara sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah sektor pembinaan, perkhidmatan dan perindustrian. Ibarat kata pepatah, di mana ada semut, di situ ada gula.
KESAN :
ISI 1
1. Mempercepatkan proses pembangunan negara
- Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun
- Pelbagai perubahan dilakukan secara menyeluruh khususnya dalam pembinaan infrastruktur dan prasarana yang sitematik
- lebuhraya Pan Borneo yang dibina memerlukan tenaga kerja asing
ISI 2
2. Berlaku pertukaran teknologi
- Malaysia memerlukan teknologi yang canggih dan moden untuk menjadikan negara ini setanding dengan negara membangun yang lain
- Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan pekerja tempatan mempelajari dan memperoleh teknologi baru
- pertukaran idea dan maklumat antara para saintis tentang vaksin
ISI 3
3. Meningkatkan kadar jenayah
- tidak semua daripada mereka mendapat upah yang mencukupi
- Kesempitan hidup di negara mereka mendesak mereka untuk melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang
- Kegiatan jenayah yang semakin serius ini mendatangkan kerisauan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda
PENUTUP
Kedatangan pekerja asing memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat dan negara. Kedatangan mereka ini tidak boleh disekat lagi disebabkan atas faktor-faktor yang tertentu. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan mereka dengan menguatkuasakan undang-undang agar keselamatan masyarakat dan keamanan negara kita terjamin daripada sebarang jenayah disebabkan oleh pekerja asing.